Afrika Selatan
Republik Afrika Selatan | |
|---|---|
| Cogan kata: "!ke e: /xarra //ke" (ǀXam: "Masyarakat yang berbeza bersatu")[1] | |
| Lagu kebangsaan: Lagu kebangsaan Afrika Selatan (gabungan Nkosi Sikelel' iAfrika dan Die Stem van Suid-Afrika)[2] | |
Lokasi Afrika Selatan di Afrika | |
| Ibu negara |
|
| Bandar terbesar | Johannesburg |
| Bahasa rasmi | |
| Kumpulan etnik (2026)[5] |
|
| Demonim | orang Afrika Selatan |
| Pemerintah | Demokrasi berperlembagaan |
• Presiden | Cyril Ramaphosa[6] |
| Paul Mashatile[6] | |
| Badan perundangan | Parlimen |
| Majlis Kebangsaan Wilayah | |
| Perhimpunan Kebangsaan | |
| Pembentukan | |
• Kesatuan | 31 Mei 1910 |
| 11 Disember 1931 | |
• Republik | 31 Mei 1961 |
| 27 April 1994 | |
| 4 Februari 1997 | |
| Keluasan | |
• Jumlah | 1,220,813 km2 (471,359 bt2)[7] |
| Populasi | |
• Perkiraan 2026 | 63,522,380 |
• Bancian penduduk tahun 2022 | 62,027,503 |
| KDNK (PPP) | 2026 |
• Jumlah | AS$1.07 trilion[8] |
• Per kapita | AS$16,740 |
| KDNK (nominal) | 2026 |
• Jumlah | AS$479.96 bilion[8] |
• Per kapita | AS$7,500 |
| Gini (2022) | 54.1[9] tinggi |
| HDI (2023) | ▲ 0.741[10] tinggi (106) |
| Mata wang | rand Afrika Selatan (ZAR) |
| Zon waktu | UTC+2 (SAST) |
| Kod panggilan | +27 |
| Kod ISO 3166 | ZA |
| DPT internet | .za |
Afrika Selatan (Jawi: افريکا سلاتن; secara rasminya Republik Afrika Selatan; bahasa Inggeris: Republic of South Africa) ialah sebuah negara di hujung selatan Afrika. Negara ini bersempadan dengan Namibia, Botswana dan Zimbabwe di utara, serta Mozambique dan Eswatini di timur laut; Lesotho ialah sebuah negara enklaf yang dikelilingi sepenuhnya oleh wilayah Afrika Selatan. Garis pantainya menghadap Lautan Atlantik dan Lautan Hindi. Afrika Selatan mempunyai tiga pusat ibu negara, iaitu Pretoria bagi pentadbiran, Cape Town bagi perundangan dan Bloemfontein bagi kehakiman, manakala Johannesburg ialah bandar terbesarnya.[3][7]
Kawasan yang kini membentuk Afrika Selatan mempunyai sejarah penempatan manusia yang panjang. Penempatan Belanda di Tanjung bermula pada 1652, diikuti oleh penguasaan British dan peluasan penempatan Eropah ke pedalaman. Kesatuan Afrika Selatan dibentuk pada 1910. Selepas Parti Kebangsaan memenangi pilihan raya 1948, kerajaan memperluas dan menginstitusikan sistem aparteid, yang mengasingkan penduduk mengikut kategori kaum dan mengehadkan hak politik majoriti bukan kulit putih. Aparteid dibongkar melalui pembaharuan dan rundingan pada awal 1990-an; pilihan raya demokratik berbilang kaum yang pertama diadakan pada 27 April 1994 dan Nelson Mandela menjadi presiden kulit hitam pertama negara itu.
Afrika Selatan mempunyai masyarakat yang pelbagai dari segi asal-usul, bahasa, agama dan budaya. Statistics South Africa menganggarkan penduduk negara itu berjumlah 63,522,380 orang pada pertengahan 2026.[5] Negara ini mempunyai 12 bahasa rasmi; Bahasa Isyarat Afrika Selatan menjadi bahasa rasmi ke-12 pada 2023.[4] Afrika Selatan ialah sebuah demokrasi berperlembagaan yang terdiri daripada sembilan wilayah dan mempunyai parlimen dwikamar. Selepas pilihan raya 2024, Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) kehilangan majoriti parlimennya buat kali pertama sejak 1994, lalu sebuah kerajaan perpaduan nasional berbilang parti dibentuk.
Afrika Selatan mempunyai ekonomi berpendapatan sederhana tinggi yang pelbagai, dengan sektor perkhidmatan, pembuatan, perlombongan, pertanian dan pelancongan sebagai antara kegiatan penting. Negara ini kaya dengan sumber mineral dan mempunyai sektor kewangan yang maju, tetapi terus menghadapi pengangguran, kemiskinan dan ketidaksamaan sosioekonomi yang tinggi, yang sebahagiannya berkait dengan warisan ruang dan ekonomi aparteid. Di peringkat antarabangsa, Afrika Selatan ialah anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Afrika, Komuniti Pembangunan Afrika Selatan, Komanwel, BRICS dan G20, dan kerjasama serantau Afrika merupakan unsur penting dalam dasar luarnya.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Untuk rencana lanjutan lihat: Sejarah Afrika Selatan
Afrika Selatan merupakan antara negara yang mempunyai kesan peninggalan tertua di dunia.[11] Ramai puak telah menjadi penghuninya termasuklah puak Khoi, Bushmen, Xhosa dan Zulu. Peneroka Belanda telah tiba di sini pada 1652 dan mereka dikenali sebagai Afrikaner atau Boer. Mereka telah membuka penempatan mereka di Tanjung Harapan. Pada tahun 1795 tentera British telah menawan koloni ini dan ia dikembalikan kepada Belanda pada 1803. Tetapi tiga tahun kemudian mereka menjajah koloni ini semula. [12] Kaum kulit putih asal iaitu Afrikaner tidak berpuas hati dengan pemerintahan British dan memulakan migrasi besar-besaran ke kawasan pedalaman di mana mereka berperang dengan kaum kulit hitam dan berjaya membuka beberapa wilayah yang baharu. Pada mulanya pihak British dapat hidup dengan harmoni dengan kedua-dua republik Boer di utara ini tetapi penemuan emas dan berlian yang banyak di Transvaal telah mencetuskan Perang British-Belanda dan dua perang Boer. Akhirnya pada tahun 1910, empat republik utama telah digabungkan di bawah kesatuan Afrika Selatan. Pada 1931, Afrika Selatan telah menjadi jajahan British sepenuhnya.
Perhubungan Portugis
[sunting | sunting sumber]Pada masa dari perhubungan Eropah, kumpulan etnik yang dominan ialah kaum berbahasa Bantu yang telah berhijrah dari bahagian-bahagian lain di Afrika lebih kurang seribu tahun sebelum. Kedua-dua kumpulan bersejarah utama ialah orang Xhosa dan Zulu.
Pada 1487, pengembara Portugis iaitu Bartolomeu Dias merupakan pelayar Eropah pertama yang berjaya mendarat di selatan Afrika.[13] Pada 4 Disember, dia mendarat di Teluk Walfisch (kini dikenali sebagai Teluk Walvis di Namibia). Ini ialah titik selatan paling jauh dicapai selepas pelayar Portugis terdahulu Diogo Cao menjumpai Cape Cross. Dias terus ke pantai barat selatan Afrika. Selepas 8 Januari 1488, beliau dihalang oleh ribut daripada meneruskan perjalanan di sepanjang pantai, lalu terus belayar melalui tanjung yang paling selatan di Afrika yang dipanggilnya Cabo das Tormentas (Tanjung Ribut) kerana berlayar dalam ribut yang dahsyat dan laut yang bergelora. Beliau dan anak kapalnya hanya dapat berlayar ke Liberia sebelum berpatah balik.[14] Walaupun tidak berjaya sampai ke benua Asia, ekspedisinya telah berjaya membuka jalan pelayaran dari Eropah ke Asia, teruatamanya ke Hindia Timur yang kaya dengan pelbagai jenis rempah. Rajanya, João II, telah menukar nama tanjung itu kepada nama Cabo da Boa Esperanca, atau Tanjung Harapan, kerana ia memberi harapan baharu kepada Portugal untuk menjelajah dan menakluki Hindia Timur.[15]
Ketibaan Belanda
[sunting | sunting sumber]
Menjelang awal abad ketujuh belas, kuasa maritim Portugal telah mula merosot, dan pedagang Inggeris dan Belanda telah bergabung untuk menghapuskan monopoli Portugis terhadap perdagangan rempah di Hindia Timur[16]. Pada awalnya pada tahun 1601 pihak Syarikat Hindia Timur British tidak berlabuh di Cape, tetapi memilih Pulau Ascension dan Pulau St. Helena sebagai pelabuhan alternatif[17]. Minat Belanda terhadap Cape telah terangsang selepas 1647, apabila dua pekerja Syarikat Hindia Timur Belanda telah terdampar di sana selama beberapa bulan. Kelasi tersebut dapat terus hidup dengan mendapatkan air segar dan daging daripada penduduk tempatan. Mereka juga berjaya menanam sayur-sayuran di tanah yang subur[18]. Apabila mereka kembali ke Belanda mereka dilaporkan baik dan berpendapat Cape berpotensi sebagai "gudang dan taman" tempat persinggahan kapal untuk pelayaran panjang ke rantau Asia[17].
Pada 1652, satu abad setengah selepas penemuan laluan Cape, Jan van Riebeeck dan rombongannya sebanyak 90 kelasi kapal telah tiba dari Belanda dan mendirikan stesen pengisian semula minyak kapal di Cape Town - perhentian penting dari segi geografi dan politik, kerana ia ialah satu-satunya laluan perdagangan awal dari Eropah dan Amerika ke India, 'Kepulauan Rempah-rempah' Hindia Timur, dan Timur[19]. Demi mengembangkan ekonomi mereka di sana pihak Belanda telah membawa masuk hamba yang kebanyakannya dari kepulauan Jawa dan Melaka sebagai buruh kasar.[20] Selain itu hamba abdi juga dibawa masuk dari negara berhampiran seperti Madagaskar dan sebahagian Afrika Timur[21]. Di samping itu, van Riebeeck telah membebaskan kelasi kapalnya yang telah berumah tangga untuk menjadi petani dan mengerjakan ladang di sana; dan golongan ini dikenali sebagai Free Burghers (golongan Burgher yang bebas, yang juga dipanggil Boer).[22] Oleh sebab mereka berkembang ke timur, peneroka Belanda telah bertembung dengan orang Xhosa di barat daya dan satu siri peperangan, yang dikenali sebagai Perang Cape Frontier telah tercetus.
Ketibaan dan Penjajahan British
[sunting | sunting sumber]Pada awalnya, pihak British tidak berminat dengan Tanjung Harapan, walaupun mereka sedar ia jalan perdagangan yang penting ke Asia. Namun demikian apabila kerajaan Belanda jatuh ke tangan musuh ketat British iaitu pihak Perancis pada tahun 1794, pihak British telah mengambil keputusan untuk menakluki koloni di Tanjung Harapan. Satu peperangan telah meletus antara British dan Belanda, yang dikenali sebagai Pertempuran di Muzenberg. Dalam masa 3 bulan, pihak Belanda telah tewas dan terpaksa menyerah kalah. British telah menduduki koloni itu sehingga tahun 1802 selepas Perjanjian Amiens, di mana koloni ini dipulangkan semula kepada pihak Belanda[23]. Walaupun begitu dalam masa yang singkat, iaitu pada tahun 1806, koloni ini jatuh semula ke tangan British selepas Pertempuran di Blaauwberg. [24]
Pada awal 1800an, ramai peneroka Belanda keluar dari koloni di Tanjung Harapan, yang berada di bawah kawalan British. Mereka berhijrah secara besar-besaran ke kawasan pedalaman dan ini dikenali sebagai Voortrek, dan hasilnya mereka membuka beberapa penempatan baharu. Pertamanya mereka telah menubuh Republik Natal tetapi setelah ia jatuh ke tangan British, mereka berhijrah semula dan membuka dua penempatan baharu yang lain iaitu Negara Bebas Oranye, dan rantau Transvaal. Pihak Boer telah mengasaskan Republik Boer iaitu Republik Selatan Afrika (kini wilayah Gauteng, Limpopo, Mpumalanga dan Barat Laut) dan Orange Free State (Negara Bebas Oranye).
Penemuan berlian pada tahun 1867 dan emas pada tahun 1884 di kawasan pedalaman memulakan Revolusi Mineral dan peningkatan pertumbuhan ekonomi dan migrasi. Ini mendorong orang Eropah-Afrika Selatan untuk mendapatkan kawalan terhadap orang tempatan. Perjuangan untuk mengawal sumber-sumber ekonomi yang penting ialah faktor dalam hubungan antara Eropah dan penduduk peribumi dan juga antara Boer dan British.[25]
Perang Anglo-Zulu telah berlaku pada tahun 1879 antara Empayar British dan Kerajaan Zulu. Susulan kejayaan Lord Carnarvon dalam menyatukan Kanada, ramai yang menganggap usaha politik yang sama, ditambah dengan kempen ketenteraan, mungkin dapat menyatukan kerajaan British di Cape Colony, kawasan puak kulit hitam dan juga republik Boer di Afrika Selatan. Pada tahun 1874, Sir Henry Bartle frère telah dihantar ke Afrika Selatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi bagi Empayar British untuk melaksanakan rancangan ini. Salah satu halangan kepada penyatuan Afrika Selatan di bawah jajahan British ialah kehadiran negara-negara bebas seperti Republik Selatan Afrika dan Kerajaan Zulu. Kerajaan Zulu mengalahkan British dengan teruk dalam Pertempuran Isandlwana. Namun demikian, setelah berperang sekian lama, akhirnya pihak Zulu telah tewas dan kerajaannya jatuh ke tangan British.

Republik Boer berjaya menentang pencerobohan British semasa Perang Boer Pertama (1880-1881) dengan menggunakan taktik perang gerila, yang sesuai dengan persekitaran tempatan. British kembali dengan jumlah tentera yang lebih besar, lebih banyak pengalaman dan strategi baharu dalam Perang Boer Kedua (1899-1902). Meskipun pada awalnya mereka mengalami kekalahan yang agak teruk disebabkan ramai tenteranya meninggalkan medan perang, akhirnya mereka berjaya menewaskan pihak Boer.
Di dalam negara ini, dasar-dasar anti-British dalam kalangan orang kulit putih Afrika Selatan memberi tumpuan kepada kemerdekaan. Semasa penjajahan Belanda dan British, pengasingan kaum kebanyakannya dibuat secara tidak rasmi, walaupun beberapa undang-undang telah digubal untuk mengawal penempatan dan pergerakan orang asli, termasuk Akta Penempatan Pribumi 1879 dan undang-undang berkaitan sistem permit perjalanan atau pass laws.[26][27][28][29][30] Kuasa telah dipegang oleh penjajah etnik Eropah.
Lapan tahun selepas berakhirnya Perang Boer Kedua dan selepas empat tahun rundingan, satu Akta Parlimen British iaitu (Akta Afrika Selatan 1909) telah diluluskan yang memberi kemerdekaan nominal kepada rakyat, dan mewujudkan Kesatuan Afrika Selatan pada 31 Mei 1910. Ini sekali gus memberi Kesatuan kuasa atas wilayah-wilayah Cape dan Natal, serta Republik Negara Bebas Oranye dan Republik Selatan Afrika.[31]
Selepas Kesatuan Afrika Selatan
[sunting | sunting sumber]Walaupun negara ini berada di bawah jajahan British, mereka terpaksa berkongsi kuasa dengan pihak Boer. Perkongsian kuasa ini telah berlanjutan hingga 1940an, bila parti pro-Afrikaner iaitu Parti Kebangsaan (NP) mencapai majoriti di Parlimen pada tahun 1948. Kerajaan nasionalis ini telah mengukuhkan pemisahan kaum yang dimulakan di bawah pemerintahan kolonial Belanda dan Inggeris. Dengan mengambil Undang-Undang Peribumi (Indian Act) Kanada sebagai kerangka kerja[32], pemerintah nasionalis mengklasifikasikan semua kaum menjadi tiga kaum iaitu putih, hitam dan berwarna dan mengembangkan hak dan batasan bagi kaum masing-masing. Kumpulan minoriti kulit putih (kurang dari 20%) [33]menguasai penduduk kulit hitam yang jauh lebih besar. Pengasingan kaum yang diinstitusikan secara sah dikenali sebagai aparteid. Walaupun orang kulit putih menikmati taraf hidup tertinggi di seluruh Afrika, setanding dengan negara-negara Barat Dunia Pertama, majoriti kulit hitam tetap dipinggirkan dari setiap aspek, termasuk pendapatan, pendidikan, perumahan dan jangkaan hidup. Dasar aparteid memain peranan penting untuk mengawal sistem ekonomi dan sosial negara dengan mengekalkan penguasaan kulit putih ke atas kaum kulit hitam dan mewujudkan diskriminasi perkauman. Namun demikian kerajaan British kerap menggagalkan usaha Aparteid yang menyeluruh di Afrika Selatan. Oleh itu pada tahun 1961, selepas suatu pungutan suara kaum kulit putih, negara ini telah diisytiharkan sebagai sebuah republik. Di samping itu pada tahun yang sama, Afrika Selatan telah keluar daripada Komanwel. Oleh itu, kerajaan yang diterajui kaum Afrikaner ini tidak lagi tertakluk kepada pengaruh British. Bermula pada 1960an, program Grand Apartheid telah dilaksanakan secara besar-besaran; yang menekankan pengasingan wilayah dan kezaliman pihak polis.
Penindasan kaum kulit hitam telah berlanjutan sehingga akhir abad ke 20. Pada Februari 1990, rentetan dari pemulauan antarabangsa dan tentangan hebat daripada pelbagai gerakan anti-aparteid terutamanya Kongres Kebangsaan Afrika (ANC), kerajaan Parti Kebangsaan di bawah pimpinan Presiden F.W. de Klerk telah menarik balik pengharaman Kongres Kebangsaan Afrika dan persatuan politik berhaluan kiri yang lain dan membebaskan Nelson Mandela dari penjara. Undang-undang aparteid telah dimansuhkan secara perlahan-lahan dan pilihan raya pelbagai bangsa yang pertama telah diadakan pada tahun 1994. Parti ANC telah meraih kemenangan yang besar dan Nelson Mandela, telah dilantik sebagai Presiden kulit hitam yang pertama di Afrika Selatan. Walaupun kuasa telah berada di tangan kaum kulit hitam, berjuta-juta penduduknya masih hidup dalam kemiskinan.
Berakhirnya Pemerintahan Minoriti Kerajaan Kulit Putih
[sunting | sunting sumber]
Sewaktu Nelson Mandela menjadi Presiden negara ini selama 5 tahun, kerajaannya telah berjanji untuk melaksanakan perubahan terutamanya dalam isu-isu yang telah diabaikan semasa era aparteid. Antara isu-isu yang ditangani oleh kerajaan pimpinan ANC termasuklah pengangguran, wabak AIDS, kekurangan perumahan dan jenayah. Pentadbiran Mandela juga mula memperkenalkan kembali Afrika Selatan kepada ekonomi global setelah beberapa tahun dipulaukan disebabkan dasar aparteidnya. Selain itu, dalam usaha mereka untuk menyatukan rakyat semula kerajaan telah menubuhkan satu suruhanjaya yang dikenali sebagai Truth and Reconciliation Committee (TRC) di bawah pimpinan Biskop Desmond Tutu. Suruhanjaya ini berperanan untuk memantau agensi kerajaan seperti agensi polis agar masyarakat Afrika Selatan boleh hidup dalam aman dan harmoni. President Mandela telah menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap pendamaian di tahap nasional, dan telah cuba untuk membentuk satu identiti untuk Afrika Selatan dalam masyarakat majmuk yang terpisah akibat konflik perkauman sejak beberapa dekad. Kebolehan Mandela dalam mencapai objektifnya jelas terbukti kerana selepas 1994 negara ini telah bebas dari keganasan politik. Nelson Mandela telah meletak jawatan sebagai Presiden parti ANC pada Disember 1997, untuk memberi laluan kepada Presiden yang baru iaitu Thabo Mbeki. Mbeki dipilih sebagai presiden Afrika Selatan selepas memenangi pilihan raya nasional pada tahun 1999, dan partinya menang tipis dua pertiga majoriti di parlimen. Presiden Mbeki telah mengalih tumpuan kerajaan daripada pendamaian kepada perubahan, terutamanya dari segi ekonomi negara.
Pada Disember 2007, Jacob Zuma telah berjaya menewaskan Mbeki sebagai presiden parti ANC. [34] Dua tahun kemudian pada pilihan raya 22 April 2009, parti ANC yang diterajui Zuma berjaya memenangi 65.9% kerusi di parlimen. [35] Semasa beliau berusaha menggulingkan Mbeki sebagai presiden ANC, dia menikmati sokongan kuat dalam kalangan kesatuan pekerja dan parti komunis - sekutu ANC - kerana mereka percaya beliau akan mengagihkan kekayaan Afrika Selatan untuk orang miskin, tetapi selepas beberapa tahun di bawah pemerintahan Zuma, ekonomi negara tidak banyak berubah, malah kadar pengangguran meningkat kepada sekitar 28%. [36] Malah selama tempohnya sebagai presiden, kerajaan pimpinannya telah dicemari oleh pelbagai skandal, rasuah dan salah urus dan pada awalnya pihak atasan ANC telah memberi sokongan padu kepada pemimpin mereka; namun, pada akhirnya, mereka menentangnya dan meminta beliau mengundurkan diri setahun setengah sebelum berakhirnya penggal kedua. [37] Pada tahun 2018, beliau terpaksa bersara dan digantikan oleh Cyril Ramaphosa.
Politik
[sunting | sunting sumber]
Afrika Selatan ialah sebuah demokrasi berperlembagaan dengan sistem pemerintahan yang berasaskan Perlembagaan 1996. Pemerintahan dibahagikan kepada tiga lingkungan, iaitu kebangsaan, wilayah dan tempatan, yang masing-masing mempunyai kuasa perundangan dan eksekutif tersendiri tetapi saling berkaitan dan saling bergantung.[38] Kuasa kehakiman terletak pada mahkamah yang bebas dan tertakluk hanya kepada Perlembagaan dan undang-undang; Mahkamah Perlembagaan merupakan mahkamah tertinggi negara.[39]

Parlimen Afrika Selatan terdiri daripada dua dewan, iaitu Perhimpunan Kebangsaan dan Majlis Kebangsaan Wilayah (NCOP). Perhimpunan Kebangsaan mempunyai 400 kerusi dan dipilih untuk tempoh lima tahun melalui sistem perwakilan berkadar. Dewan ini memilih presiden, meluluskan perundangan serta mengawasi tindakan eksekutif kebangsaan.[40] NCOP pula mewakili kepentingan sembilan wilayah dalam proses perundangan kebangsaan. Dewan itu terdiri daripada 90 perwakilan, dengan setiap wilayah menghantar 10 orang yang terdiri daripada enam perwakilan tetap dan empat perwakilan khas.[40]
Presiden Afrika Selatan ialah ketua negara dan ketua eksekutif kebangsaan. Berbeza daripada sistem pilihan raya presiden secara langsung, presiden dipilih oleh Perhimpunan Kebangsaan daripada kalangan ahlinya pada persidangan pertamanya selepas pilihan raya umum atau apabila berlaku kekosongan jawatan. Setelah dipilih, presiden berhenti menjadi ahli Perhimpunan Kebangsaan. Perlembagaan mengehadkan seseorang kepada dua penggal sebagai presiden.[41] Cyril Ramaphosa, yang mula memegang jawatan pada 15 Februari 2018, dipilih semula oleh Perhimpunan Kebangsaan pada 14 Jun 2024.[42]
Setiap daripada sembilan wilayah mempunyai badan perundangan wilayah yang dipilih untuk tempoh lima tahun. Badan perundangan berkenaan memilih seorang perdana menteri wilayah (premier) daripada kalangan ahlinya untuk mengetuai majlis eksekutif wilayah.[43] Pada peringkat tempatan, kuasa perundangan dan eksekutif terletak pada majlis perbandaran yang dipilih, tertakluk pada rangka perlembagaan serta perundangan kebangsaan dan wilayah.[44]
Pilihan raya kebangsaan dan wilayah biasanya diadakan setiap lima tahun dan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Afrika Selatan. Warganegara yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun berhak mendaftar sebagai pengundi; pengundian tidak diwajibkan oleh undang-undang.[45] Pilihan raya kebangsaan dan wilayah pada 29 Mei 2024 juga merupakan pilihan raya pertama yang membenarkan calon bebas bertanding bagi kerusi kebangsaan dan wilayah susulan pindaan undang-undang pilihan raya.[45]
Dalam pilihan raya 2024, Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) memperoleh 40.18% undi dan 159 daripada 400 kerusi Perhimpunan Kebangsaan, sekali gus kehilangan majoriti parlimen yang dipegangnya sejak pilihan raya demokratik pertama pada 1994. Perikatan Demokratik (DA) memperoleh 21.81% undi dan 87 kerusi, manakala uMkhonto weSizwe (MK) memperoleh 14.58% undi dan 58 kerusi. Economic Freedom Fighters (EFF) memperoleh 39 kerusi.[46] Ketiadaan sebuah parti yang memiliki majoriti mutlak membawa kepada pembentukan kerajaan perpaduan nasional berbilang parti. Kerajaan tersebut kekal menjadi asas pentadbiran kebangsaan pada 2026.[47]
Dasar luar negara
[sunting | sunting sumber]Semasa era aparteid, Afrika Selatan semakin terpencil di peringkat antarabangsa akibat dasar diskriminasi kaum pemerintahnya. Antara langkah antarabangsa yang dikenakan ialah embargo senjata mandatori oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1977.[48] Peralihan kepada pemerintahan demokratik pada 1994 membawa kepada pemulihan pesat hubungan luar negara. Keanggotaan Afrika Selatan dalam Komanwel dipulihkan pada 1 Jun 1994,[49] manakala negara itu menyertai Pertubuhan Kesatuan Afrika (OAU) pada 6 Jun.[50] Pada 23 Jun, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima kelayakan delegasi Afrika Selatan dan memulihkan penyertaan penuhnya dalam badan itu.[48] OAU kemudiannya digantikan oleh Kesatuan Afrika (AU), yang dilancarkan secara rasmi di Durban pada Julai 2002.[51]

Selepas 1994, hubungan dengan negara-negara Afrika dan kerjasama pelbagai hala menjadi unsur utama dasar luar Afrika Selatan. Kerajaan memberi penekanan kepada peranan AU dan Komuniti Pembangunan Afrika Selatan (SADC), integrasi serantau, keamanan dan keselamatan di benua Afrika, serta pembaharuan institusi tadbir urus global. Afrika Selatan juga menyokong penyelesaian politik terhadap konflik serantau, termasuk di Republik Demokratik Congo dan Sudan Selatan.[52]
Afrika Selatan menyertai kelompok BRICS pada 2011, memperkukuh hubungan negara itu dengan kuasa ekonomi sedang pesat membangun dan kerjasama Selatan-Selatan.[53] Negara itu juga merupakan anggota G20. Pada 2025, Afrika Selatan memegang jawatan presiden G20 dan menganjurkan sidang kemuncak G20 pertama yang diadakan di benua Afrika.[54] Keanggotaan dalam PBB, AU, SADC, Komanwel, BRICS dan G20 membentuk antara saluran utama penglibatan pelbagai hala negara itu.
Tentera
[sunting | sunting sumber]
Angkatan Pertahanan Nasional Afrika Selatan (SANDF) ditubuhkan pada 27 April 1994 sebagai sebahagian daripada penyatuan institusi negara selepas berakhirnya aparteid. Angkatan baharu itu menggabungkan bekas Angkatan Pertahanan Afrika Selatan (SADF), sayap bersenjata gerakan pembebasan Umkhonto we Sizwe (MK) dan Tentera Pembebasan Rakyat Azania (APLA), serta angkatan pertahanan bekas wilayah homeland Transkei, Bophuthatswana, Venda dan Ciskei.[55]
SANDF terdiri daripada empat cabang perkhidmatan, iaitu Tentera Darat Afrika Selatan, Tentera Udara Afrika Selatan, Tentera Laut Afrika Selatan dan Perkhidmatan Kesihatan Tentera Afrika Selatan.[56] Menurut Perlembagaan, presiden merupakan pemerintah tertinggi angkatan pertahanan, manakala matlamat utama SANDF ialah mempertahankan Republik, keutuhan wilayahnya dan rakyatnya selaras dengan Perlembagaan serta prinsip undang-undang antarabangsa.[57]
Sejak 1994, Afrika Selatan turut mengerahkan anggota tenteranya dalam operasi keamanan dan penstabilan antarabangsa, termasuk misi di Burundi dan Republik Demokratik Congo serta operasi di bawah PBB dan organisasi serantau Afrika.[58] Pada Februari 2026, kerajaan mengumumkan pengunduran baki anggota Afrika Selatan daripada misi PBB MONUSCO di Republik Demokratik Congo,[59] dan pengunduran anggota tersebut dilaporkan selesai pada Julai 2026.[60]
Afrika Selatan juga pernah menjalankan program senjata nuklear secara rahsia semasa era aparteid. Program tersebut menghasilkan enam peranti nuklear lengkap, yang kemudiannya dibongkar sebelum negara itu menyertai Triti Ketakcambahan Senjata Nuklear (NPT) pada 10 Julai 1991.[61] Pada Mac 1993, Presiden F. W. de Klerk mendedahkan secara terbuka kewujudan program itu. Pemeriksaan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) kemudiannya tidak menemui bukti yang menimbulkan keraguan terhadap pengisytiharan Afrika Selatan bahawa program senjata nuklearnya telah ditamatkan dan bahan serta komponen sensitifnya telah dilupuskan atau ditukar kepada kegunaan bukan ketenteraan.[62]
Geografi
[sunting | sunting sumber]
Afrika Selatan terletak di hujung selatan benua Afrika. Daratan utamanya terbentang kira-kira antara 22° S hingga 35° S dan 17° T hingga 33° T, manakala keluasan daratan negara ialah 1,220,813 km².[63][64] Negara ini bersempadan dengan Namibia, Botswana dan Zimbabwe di utara, serta Mozambique dan Eswatini di timur laut. Lesotho pula merupakan sebuah negara enklaf yang dikelilingi sepenuhnya oleh wilayah Afrika Selatan.[65]
Garis pantai Afrika Selatan melebihi 3,000 km, dari sempadan Namibia di pesisir Lautan Atlantik, mengelilingi hujung selatan benua, hingga sempadan Mozambique di pesisir Lautan Hindi.[63] Wilayah negara di luar daratan utama turut merangkumi Kepulauan Prince Edward, yang terdiri daripada Pulau Marion dan Pulau Prince Edward. Kedua-dua pulau tersebut secara rasmi menjadi sebahagian daripada Afrika Selatan melalui Prince Edward Islands Act 43 of 1948.[66]
Dua arus laut utama mempunyai pengaruh penting terhadap persekitaran pesisir negara. Arus Agulhas yang suam bergerak di sepanjang pantai timur dan selatan hingga sekitar Tanjung Agulhas, manakala Arus Benguela yang sejuk mengalir ke utara di sepanjang pantai barat. Perbezaan suhu antara kedua-dua arus ini menyumbang kepada perbezaan iklim, tumbuh-tumbuhan dan hidupan laut antara pesisir timur dengan pesisir barat.[63]
Bentuk muka bumi dan saliran
[sunting | sunting sumber]
Bentuk muka bumi Afrika Selatan secara umumnya terbahagi kepada dua unit fisiografi utama, iaitu dataran tinggi pedalaman dan kawasan yang terletak antara dataran tinggi dengan pesisir. Kedua-duanya dipisahkan oleh Great Escarpment, suatu ciri topografi yang berterusan di sebahagian besar negara. Dataran tinggi pedalaman mempunyai ketinggian purata kira-kira 1,200 m dari aras laut dan merupakan sambungan ke selatan dataran tinggi besar Afrika.[63] Bahagian timur Great Escarpment mencapai ketinggian terbesarnya di kawasan Drakensberg, yang membentuk landskap pergunungan utama di sepanjang sempadan dengan Lesotho. Mafadi, di kawasan Drakensberg, merupakan titik tertinggi di Afrika Selatan.[67]
Sungai Orange ialah sungai terbesar di Afrika Selatan. Sungai ini berpunca di kawasan Drakensberg, mengalir melalui Tanah Tinggi Lesotho dan membentuk sebahagian sempadan antara Afrika Selatan dengan Namibia sebelum bermuara di Lautan Atlantik. Sungai utama lain termasuk Sungai Vaal, Sungai Limpopo, Sungai Breede, Sungai Komati, Sungai Tugela, Sungai Umzimvubu dan Sungai Molopo.[63] Negara ini tidak mempunyai tasik semula jadi yang besar, manakala tasik buatan dan takungan memainkan peranan penting dalam penyimpanan air dan pengairan.[63]
Wilayah dan ibu negara
[sunting | sunting sumber]Afrika Selatan dibahagikan kepada sembilan wilayah. Setiap wilayah mempunyai badan perundangan, perdana menteri wilayah dan majlis eksekutifnya sendiri.[65] Jadual berikut menunjukkan ibu wilayah dan keluasan yang disenaraikan oleh Kerajaan Afrika Selatan serta anggaran penduduk pertengahan tahun oleh Statistics South Africa (Stats SA). Angka penduduk merupakan anggaran bagi 30 Jun 2026 dan bukannya hasil banci.[68]
| Wilayah | Ibu wilayah[65] | Luas (km²)[65] | Penduduk (anggaran 30 Jun 2026)[68] |
|---|---|---|---|
| Cape Timur | Bhisho | 168,966 | 7,031,109 |
| Cape Barat | Cape Town | 129,462 | 7,722,158 |
| Cape Utara | Kimberley | 372,889 | 1,381,772 |
| Free State | Bloemfontein | 129,825 | 3,060,972 |
| Gauteng | Johannesburg | 18,178 | 16,295,325 |
| KwaZulu-Natal | Pietermaritzburg | 94,361 | 12,282,836 |
| Limpopo | Polokwane | 125,755 | 6,358,667 |
| Mpumalanga | Mbombela | 76,495 | 5,161,746 |
| Barat Laut | Mahikeng | 104,882 | 4,227,795 |
| Jumlah | 1,220,813 | 63,522,380 |
Pada peringkat kebangsaan, fungsi ibu negara dibahagikan antara tiga bandar. Pretoria ialah ibu negara pentadbiran, Cape Town ialah ibu negara perundangan dan Bloemfontein ialah ibu negara kehakiman. Walaupun Bloemfontein secara rasmi disenaraikan sebagai ibu negara kehakiman dan menjadi tempat terletaknya Mahkamah Rayuan Agung, Mahkamah Perlembagaan terletak di Johannesburg.[64][65]
Iklim
[sunting | sunting sumber]Rencana utama: Iklim Afrika Selatan

Walaupun sebahagian besar Afrika Selatan terletak pada latitud subtropika, iklim negara ini sangat dipengaruhi oleh ketinggian dataran tinggi pedalaman serta lautan yang mengelilingi sebahagian besar pesisirnya. Gabungan faktor tersebut menghasilkan keadaan yang secara umumnya sederhana panas, tetapi dengan perbezaan ketara antara kawasan pedalaman, pesisir timur, pesisir barat dan bahagian barat daya negara.[63]
Afrika Selatan secara keseluruhannya merupakan negara yang agak kering, dengan purata hujan tahunan kira-kira 464 mm. Taburan hujan tidak seragam. Sebahagian besar Cape Barat menerima kebanyakan hujannya pada musim sejuk, manakala sebahagian besar kawasan lain mengalami musim hujan pada musim panas.[63] Perbezaan ini menghasilkan julat iklim yang luas, daripada keadaan kering dan separa gersang di bahagian barat dan pedalaman hingga keadaan yang lebih lembap di bahagian timur.
Ketinggian turut menyebabkan suhu di pedalaman secara umumnya lebih rendah berbanding kawasan lain pada latitud yang sama. Di dataran tinggi, suhu malam pada musim sejuk boleh mencapai takat beku atau lebih rendah di sesetengah tempat, sedangkan kawasan pesisir secara relatifnya lebih panas pada musim sejuk. Pesisir timur juga pada umumnya lebih panas daripada pesisir barat kerana masing-masing dipengaruhi oleh Arus Agulhas yang suam dan Arus Benguela yang sejuk.[63]
Perbezaan suhu antara kawasan pedalaman dan pesisir dapat dilihat pada data bandar-bandar utama. Jadual berikut menunjukkan purata suhu maksimum dan minimum pada musim panas dan musim sejuk berdasarkan data bagi tahun 2020 yang diterbitkan dalam laporan iklim Kerajaan Afrika Selatan.[69]
| Data iklim untuk Afrika Selatan (purata seluruh negara), 1991–2020 | |||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
| Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 30.5 (86.9) |
30.2 (86.4) |
28.7 (83.7) |
25.7 (78.3) |
23.0 (73.4) |
20.1 (68.2) |
20.0 (68.0) |
21.9 (71.4) |
24.8 (76.6) |
26.8 (80.2) |
28.3 (82.9) |
29.7 (85.5) |
25.8 (78.4) |
| Purata suhu harian, °C (°F) | 23.7 (74.7) |
23.5 (74.3) |
21.9 (71.4) |
18.7 (65.7) |
15.3 (59.5) |
12.3 (54.1) |
12.0 (53.6) |
13.8 (56.8) |
16.8 (62.2) |
19.4 (66.9) |
21.0 (69.8) |
22.7 (72.9) |
18.4 (65.1) |
| Purata minimum suhu harian, °C (°F) | 16.9 (62.4) |
16.8 (62.2) |
15.1 (59.2) |
11.7 (53.1) |
7.7 (45.9) |
4.6 (40.3) |
4.1 (39.4) |
5.8 (42.4) |
8.8 (47.8) |
11.9 (53.4) |
13.9 (57.0) |
15.7 (60.3) |
11.1 (52.0) |
| Sumber: Climatic Research Unit, University of East Anglia, CRU-CY v4.10 (purata negara bagi 1991–2020)[70] | |||||||||||||
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Rencana utama: Ekonomi Afrika Selatan
Gambaran keseluruhan
[sunting | sunting sumber]
Afrika Selatan mempunyai salah satu ekonomi yang terbesar dan paling pelbagai di Afrika. Bank Dunia mengklasifikasikannya sebagai ekonomi berpendapatan sederhana tinggi, manakala asas pengeluarannya merangkumi perlombongan, pertanian, pembuatan dan sektor perkhidmatan yang besar, termasuk sektor kewangan yang maju.[71][72] Pada 2025, keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada harga semasa bernilai kira-kira AS$427.2 bilion, bersamaan kira-kira AS$6,598 per kapita.[73]
Pertumbuhan ekonomi sejak pertengahan 2010-an secara umumnya lemah berbanding dengan dekad-dekad sebelumnya. Namun, KDNK benar meningkat sebanyak 1.1% pada 2025, kadar tahunan tertinggi sejak 2022, didorong terutamanya oleh kewangan, hartanah dan perkhidmatan perniagaan, pertanian serta perdagangan, katering dan penginapan. Sebaliknya, pembuatan, utiliti dan pembinaan menguncup pada tahun yang sama.[74] Pada suku pertama 2026, KDNK benar meningkat lagi sebanyak 0.5% berbanding dengan suku sebelumnya, dengan kewangan, pertanian, perdagangan serta pengangkutan dan komunikasi menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan.[75]
Sektor kewangan merupakan salah satu komponen utama ekonomi moden Afrika Selatan. Bursa Saham Johannesburg (JSE), yang ditubuhkan pada 1887, ialah bursa saham terbesar di Afrika mengikut permodalan pasaran dan berada dalam kalangan 20 bursa terbesar dunia pada 2026.[76] Johannesburg dan kawasan Gauteng secara lebih luas merupakan pusat utama kewangan, perkhidmatan perniagaan dan kegiatan korporat negara, manakala Cape Town, Durban dan bandar-bandar metropolitan lain turut membentuk pusat ekonomi serantau yang penting.[71]
Sektor utama
[sunting | sunting sumber]
Perlombongan memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi dan perindustrian Afrika Selatan dan kekal sebagai sumber pekerjaan, hasil kerajaan dan pendapatan eksport. Negara ini merupakan pengeluar utama beberapa bahan galian, termasuk kumpulan logam platina, emas, kromium, mangan, arang batu dan bijih besi. Pada 2025, sektor perlombongan menyumbang kira-kira R439.2 bilion, atau 5.8% daripada KDNK nominal. Dalam sembilan bulan pertama tahun itu, sektor tersebut menggaji purata 469,765 orang secara langsung, manakala bijih galian dan eksport berkaitan menyumbang kira-kira 52% daripada nilai eksport barangan Afrika Selatan.[77]
Prestasi antara komoditi berbeza-beza. Pengeluaran emas berkurang sebanyak 1.9% pada 2025 dan pengeluaran logam kumpulan platina sebanyak 4.1%, sedangkan jumlah eksport bijih kromium dan mangan mencapai paras rekod. Kos tenaga, keupayaan sistem rel dan pelabuhan, serta proses pengawalseliaan kekal sebagai faktor yang mempengaruhi daya saing industri perlombongan.[77]
Pembuatan pula mempunyai asas yang luas, termasuk pemprosesan makanan dan minuman, petroleum dan bahan kimia, besi dan keluli, jentera, kenderaan bermotor dan peralatan pengangkutan. Walaupun pembuatan kekal penting kepada rantaian bekalan domestik dan perdagangan, pengeluaran sektor ini merosot pada 2025 untuk tahun kedua berturut-turut.[74] Pada suku pertama 2026, pengeluaran pembuatan menyusut lagi sebanyak 0.8%, terutamanya akibat kelemahan dalam petroleum dan bahan kimia serta besi dan keluli, walaupun beberapa subsektor seperti kenderaan bermotor, jentera elektrik dan tekstil mencatatkan peningkatan.[75]
Pertanian mempunyai bahagian yang lebih kecil dalam keseluruhan KDNK tetapi penting kepada ekonomi luar bandar, industri makanan dan eksport. Selepas prestasi lemah pada 2023 dan 2024, nilai ditambah sebenar sektor pertanian meningkat sebanyak 17.4% pada 2025, disokong oleh tanaman ladang dan hortikultur.[74] Pertumbuhan diteruskan pada suku pertama 2026 apabila sektor tersebut berkembang 3.9%, khususnya hasil peningkatan pengeluaran tanaman ladang dan buah-buahan.[75]
Pelancongan turut menjadi sumber kegiatan ekonomi dan pekerjaan yang penting. Menurut Akaun Satelit Pelancongan Statistics South Africa, kegiatan pelancongan secara langsung menyumbang R361.7 bilion, atau 4.9% daripada KDNK, pada 2024 dan menyediakan hampir satu juta pekerjaan langsung, bersamaan 5.7% daripada jumlah pekerjaan.[78] Pada 2025, negara menerima 10.5 juta pelancong antarabangsa, meningkat 17.7% berbanding dengan 2024 dan melepasi jumlah sebelum pandemik pada 2019.[79]
Pasaran buruh, kemiskinan dan ketidaksamaan
[sunting | sunting sumber]Walaupun mempunyai infrastruktur kewangan dan perindustrian yang maju, Afrika Selatan masih memperlihatkan ciri ekonomi dua lapis, dengan kegiatan moden berproduktiviti tinggi wujud bersama-sama dengan pengangguran, kemiskinan dan kekurangan peluang ekonomi yang meluas. Bank Dunia menyatakan bahawa pendapatan per kapita masih berada di bawah paras 2007 dan menganggarkan hampir 60% penduduk hidup di bawah garis kemiskinan yang digunakannya bagi ekonomi berpendapatan sederhana tinggi pada 2025.[71]
Pengangguran merupakan antara cabaran ekonomi yang paling berpanjangan. Menurut Quarterly Labour Force Survey oleh Statistics South Africa, kadar pengangguran rasmi meningkat daripada 32.7% pada suku pertama 2026 kepada 33.6% pada suku kedua. Seramai 8.5 juta orang diklasifikasikan sebagai menganggur, berbanding dengan 16.7 juta orang yang bekerja. Dalam kalangan belia berumur 15 hingga 34 tahun, kadar pengangguran mencapai 47.4%, dengan kira-kira lima juta belia menganggur.[80]
Ketidaksamaan pendapatan dan peluang juga kekal tinggi dan mempunyai dimensi ruang yang ketara. Corak penempatan, akses kepada pekerjaan, pendidikan, pengangkutan dan perkhidmatan yang diwarisi daripada era apartheid terus mempengaruhi hasil sosioekonomi selepas peralihan kepada pemerintahan demokratik pada 1994.[81] Bank Dunia masih menyifatkan ketidaksamaan Afrika Selatan sebagai antara yang tertinggi di dunia dan menekankan bahawa pertumbuhan ekonomi yang perlahan serta penciptaan pekerjaan yang tidak mencukupi mengehadkan pengurangan kemiskinan.[71]
Bekalan elektrik yang semakin stabil telah membantu pemulihan kegiatan ekonomi, tetapi kelemahan dalam logistik, bekalan air dan perkhidmatan rangkaian lain terus menekan pelaburan dan produktiviti.[71] Tabung Kewangan Antarabangsa pada 2026 menyokong pembaharuan berterusan dalam sektor elektrik dan logistik yang bertujuan meningkatkan penyertaan sektor swasta, sambil menekankan keperluan untuk memperbaiki persekitaran perniagaan, tadbir urus dan daya saing.[82]
Infrastruktur dan logistik
[sunting | sunting sumber]
Rangkaian pengangkutan barang menghubungkan pusat perlombongan, pertanian dan pembuatan di pedalaman dengan kawasan metropolitan dan pelabuhan. Infrastruktur rel barang milik negara diuruskan melalui Transnet dan Transnet Rail Infrastructure Manager (TRIM). Pada 2025, rangkaian tersebut meliputi kira-kira 30,400 km landasan, bersamaan 20,953 km panjang laluan, termasuk koridor pukal yang mengangkut arang batu, bijih besi dan bahan galian lain ke pelabuhan eksport.[83]
Prestasi rel barang dan pelabuhan merosot dalam beberapa tahun sebelum pertengahan 2020-an akibat kekurangan pelaburan, kecurian dan vandalisme serta masalah operasi, sehingga menjadi kekangan terhadap perdagangan dan pertumbuhan.[84] Di bawah pembaharuan sistem logistik, kerajaan mengekalkan rel dan pelabuhan strategik dalam pemilikan awam tetapi membuka ruang kepada lebih banyak persaingan dan penyertaan sektor swasta dalam pengendalian kereta api barang serta terminal pelabuhan. Matlamatnya ialah meningkatkan kapasiti, memulihkan kebolehpercayaan perkhidmatan dan mengurangkan kos logistik kepada pengeksport dan pengeluar domestik.[84][82]
Demografi
[sunting | sunting sumber]Penduduk dan struktur umur
[sunting | sunting sumber]Afrika Selatan mempunyai penduduk yang pelbagai dari segi asal-usul, bahasa, agama dan latar sosial. Menurut anggaran pertengahan tahun Statistics South Africa (Stats SA), jumlah penduduk negara itu pada 2026 ialah 63,522,380 orang, terdiri daripada kira-kira 31.21 juta lelaki dan 32.31 juta perempuan.[85] Sebagai perbandingan, banci penduduk 2022 merekodkan 62,027,503 orang, meningkat daripada 51,770,560 orang pada 2011; purata kadar pertumbuhan tahunan antara kedua-dua banci itu ialah 1.8%.[86]
Anggaran 2026 menunjukkan bahawa 25.6% penduduk berumur di bawah 15 tahun, manakala 10.7% berumur 60 tahun atau lebih. Kadar kesuburan jumlah dianggarkan sebanyak 2.12 anak bagi setiap wanita. Jangka hayat ketika lahir pula dianggarkan 65.5 tahun bagi lelaki dan 71.0 tahun bagi perempuan.[85]
Kumpulan penduduk dan asal-usul
[sunting | sunting sumber]Dalam statistik rasmi Afrika Selatan, Stats SA menggunakan kategori population group bagi tujuan pengumpulan dan penerbitan data demografi. Kategori ini merangkumi penduduk Afrika berkulit hitam (Black African), berwarna (Coloured), India/Asia (Indian/Asian) dan putih (White). Kategori statistik tersebut bersifat luas dan tidak merangkumi sepenuhnya kepelbagaian identiti etnik, bahasa dan budaya dalam setiap kumpulan.[85][86]
| Kumpulan penduduk | Bilangan | Bahagian penduduk |
|---|---|---|
| Afrika berkulit hitam (Black African) | 51,916,167 | 81.7% |
| Berwarna (Coloured) | 5,361,892 | 8.4% |
| India/Asia (Indian/Asian) | 1,723,056 | 2.7% |
| Putih (White) | 4,521,265 | 7.1% |
- Catatan: Peratus mungkin tidak berjumlah tepat 100% disebabkan pembundaran.
Penduduk Afrika berkulit hitam membentuk majoriti besar penduduk negara dan merangkumi pelbagai komuniti etnolinguistik. Kepelbagaian ini antara lain tercermin melalui penggunaan bahasa seperti isiZulu, isiXhosa, Sepedi, Setswana, Sesotho, XiTsonga, siSwati, Tshivenda dan isiNdebele.[86]

Kategori berwarna mempunyai sejarah dan latar keturunan yang pelbagai, khususnya di Western Cape. Antara komuniti sejarah yang berkaitan dengannya ialah Melayu Cape, sebuah komuniti yang berkembang di kawasan Cape daripada keturunan orang yang dibawa atau dibuang negeri ke wilayah itu pada zaman penjajahan Belanda. Mereka berasal dari pelbagai kawasan di sekitar Lautan Hindi, termasuk kepulauan yang kini menjadi Indonesia, India, Sri Lanka, Madagaskar dan Afrika Timur. Islam menjadi unsur penting dalam sejarah dan identiti komuniti Melayu Cape.[87]
Komuniti India Afrika Selatan pula berkembang dengan ketara sejak abad ke-19. Sebahagian besar nenek moyang mereka tiba sebagai buruh kontrak yang dibawa ke Natal antara 1860 hingga 1911, terutamanya untuk bekerja dalam industri gula, manakala sebahagian lagi datang secara bebas sebagai pedagang dan pendatang lain.[88]
Bahasa
[sunting | sunting sumber]
Afrika Selatan mempunyai 12 bahasa rasmi. Sebelas bahasa lisan yang diiktiraf oleh Perlembagaan Afrika Selatan ialah Sepedi, Sesotho, Setswana, siSwati, Tshivenda, Xitsonga, Afrikaans, Inggeris, isiNdebele, isiXhosa dan isiZulu. Bahasa Isyarat Afrika Selatan (SASL) menjadi bahasa rasmi ke-12 selepas pindaan ke-18 Perlembagaan berkuat kuasa pada 2023.[89]
Banci 2022 menunjukkan bahawa bahasa yang paling kerap digunakan dalam isi rumah ialah isiZulu, iaitu 24.4% daripada penduduk, diikuti isiXhosa (16.3%), Afrikaans (10.6%), Sepedi (10.0%) dan bahasa Inggeris (8.7%). Setswana digunakan oleh 8.3%, Sesotho 7.8%, Xitsonga 4.7%, siSwati 2.8%, Tshivenda 2.5% dan isiNdebele 1.7%.[86] Corak bahasa juga berbeza dengan ketara mengikut wilayah; isiZulu paling meluas di KwaZulu-Natal, isiXhosa di Eastern Cape, Sesotho di Free State, Setswana di North West, manakala Afrikaans mempunyai kedudukan yang kuat di Northern Cape dan Western Cape.[86]
Agama
[sunting | sunting sumber]Agama Kristian merupakan pegangan agama terbesar di Afrika Selatan. Dalam Banci 2022, 85.3% penduduk menyatakan pegangan Kristian, manakala 7.8% menyatakan agama tradisional Afrika. Sebanyak 2.9% melaporkan tidak mempunyai pegangan agama, sementara Islam merangkumi 1.6% dan Hinduisme 1.1% daripada penduduk. Kumpulan agama lain, termasuk agama Yahudi, membentuk bahagian yang lebih kecil.[86]
Penghijrahan
[sunting | sunting sumber]Afrika Selatan turut menjadi destinasi penghijrahan dari negara-negara lain di rantau Afrika selatan. Banci 2022 merekodkan 2,418,197 penduduk yang dilahirkan di luar Afrika Selatan, berbanding 2,184,408 pada 2011; jumlah pada 2022 bersamaan sedikit melebihi 3% daripada keseluruhan penduduk. Kira-kira 86% migran antarabangsa yang direkodkan berasal dari rantau Komuniti Pembangunan Afrika Selatan (SADC), dengan Zimbabwe sebagai negara asal terbesar. Migran antarabangsa tertumpu terutamanya dalam lingkungan umur bekerja, khususnya 20 hingga 44 tahun, dan bilangan lelaki melebihi wanita.[86]
Ketidaksamaan sosioekonomi
[sunting | sunting sumber]Perbezaan sosioekonomi antara kumpulan penduduk kekal ketara. Income & Expenditure Survey 2022/2023 oleh Stats SA melaporkan bahawa pada 2023, purata pendapatan tahunan isi rumah yang diketuai oleh orang putih ialah R676,375, berbanding R417,431 bagi isi rumah yang diketuai oleh orang India/Asia, R260,816 bagi isi rumah yang diketuai oleh orang berwarna dan R143,632 bagi isi rumah yang diketuai oleh orang Afrika berkulit hitam. Pada peringkat nasional, purata pendapatan tahunan isi rumah ialah R204,359, manakala median ialah R95,770.[90] Angka mengikut kumpulan penduduk tersebut merujuk kepada klasifikasi ketua isi rumah dalam tinjauan dan oleh itu tidak mewakili pendapatan setiap individu dalam sesuatu kumpulan.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Untuk senarai universiti sila lihat: Universiti di Afrika Selatan
Untuk rencana lanjutan sila lihat: Sejarah Pendidikan Afrika Selatan
Di Afrika Selatan, alam persekolahan adalah selama 13 tahun - atau gred. Namun, tahun pertama pendidikan atau gred 0 dan tiga tahun terakhir iaitu dari gred 10 hingga gred 12 (juga dipanggil "matric") adalah tidak wajib. Kebanyakan sekolah rendah menawarkan gred 0. Tetapi gred ini boleh juga dibuat di tadika. Lazimnya untuk memasuki universiti, seseorang itu wajib melepasi "matric" dengan minimum tiga mata pelajaran gred tinggi dan bukan sekadar lulus (standard). Malah beberapa universiti yang berprestij akan mengenakan syarat akademik yang lebih tinggi. Walaupun begitu, mereka yang lulus "National Senior Certificate" layak untuk belajar di "technikon" atau kolej teknikal.
Di bawah sistem aparteid, sistem pendidikannya dirangka mengikut warna kulit iaitu kementerian yang berasingan untuk pelajar kulit putih, berwarna, Asia, dan kaum kulit hitam di luar bantustan. Pengasingan ini telah menghasilkan 14 kementerian pendidikan yang berbeza di negara ini.

Pengstrukturan sistem pendidikan selepas era-aparteid merupakan cabaran yang besar bagi kerajaan negara ini. Kerajaan baru telah membentuk suatu sistem pendidikan kebangsaan tanpa diskriminasi kaum tetapi menggabungkan 14 kementerian pendidikan merupakan tugas yang sukar. Oleh itu pada Februari 1996, Kementerian Pendidikan telah melancarkan satu kurikulum baru yang dinamakan "Curriculum 2005". Kurikulum ini yang akan menggantikan dasar pendidikan berdasarkan aparteid, akan memberi tumpuan kepada "outcome" atau hasilnya iaitu pelajar akan menjadi lebih proaktif dalam persekitarannya dan juga di dalam masyarakat. Untuk mencapai objektif ini, pada 1999 kerajaan telah memperuntukkan 5.7 peratus belanjawan untuk sektor pendidikan termasuk membina 2,000 sekolah-sekolah baru, 65,000 bilik darjah yang baru dan beralatan penuh, 60,000 guru-guru yang terlatih dan 50 juta buku teks yang dicetak.
Pada 2004, Afrika Selatan mempunyai 366,000 guru dan hampir 28,000 sekolah-sekolah -termasuk 390 sekolah khas dan 1,000 sekolah swasta. Daripada jumlah ini, 6,000 orang daripada sekolah tinggi (gred 7 hingga gred 12) dan selebihnya bersekolah rendah (gred 1 hingga gred 6).
Afrika Selatan juga mempunyai suatu sistem pendidikan tinggi yang maju, yang juga dipisahkan mengikut ras sewaktu era aparteid. Pada 1995 terdapat 385,000 pelajar yang belajar di 21 universiti dan 190,000 pelajar di "technikon" (institut teknikal atau vokasional). Hampir 37 peratus adalah dari golongan kulit putih. Tetapi sejak 1994, penyertaan pelajar kulit hitam di universiti-universiti yang dikhaskan untuk pelajar kulit putih telah bertambah secara mendadak.[91]
Budaya
[sunting | sunting sumber]Rencana utama: Budaya pelbagai bangsa di Afrika Selatan
Budaya Afrika Selatan dicirikan oleh kepelbagaian bahasa, warisan, seni dan tradisi yang mencerminkan sejarah serta masyarakatnya yang berbilang latar belakang. Jabatan Sukan, Seni dan Kebudayaan Afrika Selatan (DSAC) meletakkan pemeliharaan dan pengembangan kepelbagaian budaya, warisan dan bahasa negara sebagai sebahagian daripada mandatnya, di samping usaha memupuk perpaduan sosial.[92] Kehidupan budaya negara turut dibentuk oleh sejarah penjajahan, perbandaran dan aparteid. Semasa aparteid, dasar pengasingan ruang seperti Group Areas Act, 1950 memaksa penduduk berpindah mengikut kategori perkauman yang ditetapkan oleh kerajaan dan memecah-belah sejumlah komuniti bandar yang telah lama terbentuk.[93]
Antara contoh paling terkenal ialah District Six di Cape Town, yang diisytiharkan sebagai kawasan untuk orang kulit putih pada 11 Februari 1966; lebih 60,000 penduduknya kemudian dipindahkan secara paksa dan sebahagian besar bangunannya dirobohkan.[94] Di Sophiatown, Johannesburg, pemindahan paksa bermula pada 1955 dan kawasan yang sebelumnya menjadi pusat penting kehidupan sosial dan kebudayaan bandar turut dimusnahkan.[95] Oleh itu, kesan aparteid terhadap kebudayaan bukanlah penghapusan satu budaya secara menyeluruh, tetapi pemecahan komuniti, sekatan terhadap ruang budaya dan ketidaksamaan peluang yang kesannya berlanjutan selepas peralihan kepada demokrasi.
Warisan, seni dan muzik
[sunting | sunting sumber]Antara warisan seni tertua dan terpenting di Afrika Selatan ialah seni batu masyarakat San. Kawasan Drakensberg yang menjadi sebahagian daripada Taman Maloti-Drakensberg, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, mengandungi kira-kira 690 tapak seni batu dengan jumlah imej yang dianggarkan melebihi 35,000. Lukisan yang menggambarkan manusia dan haiwan itu membentuk tradisi seni yang berkembang selama beberapa alaf serta memberikan maklumat penting tentang kehidupan rohani, kepercayaan dan kosmologi masyarakat San.[96] Dalam seni visual moden pula, tradisi tempatan terus ditafsirkan semula oleh seniman seperti Esther Mahlangu, yang terkenal dengan karya berskala besar berasaskan warisan seni Ndebele.[92]
Muzik Afrika Selatan berkembang melalui pertemuan antara tradisi tempatan dengan pengaruh luar serta pengalaman masyarakat bandar. Marabi muncul dalam komuniti kulit hitam di pusat perlombongan seperti Witwatersrand pada awal abad ke-20 dan kemudiannya mempengaruhi perkembangan jazz Afrika Selatan, kwela dan mbaqanga. Pada 1950-an, Sophiatown menjadi salah satu pusat penting muzik bandar; kelab dan pemuziknya mempertemukan unsur marabi, tarian tempatan dan swing, sebelum pemindahan paksa penduduk menamatkan zaman kebudayaan tersebut.[97]
Beberapa bentuk muzik tempatan kemudian memperoleh khalayak antarabangsa. Ladysmith Black Mambazo, yang berakar pada tradisi nyanyian a cappella Zulu, mula mendapat perhatian yang lebih luas di luar Afrika Selatan selepas bekerjasama dalam album Paul Simon Graceland pada 1986.[97] Pada 1990-an, kwaito berkembang sebagai muzik bandar yang menggabungkan unsur muzik tempatan dengan muzik elektronik dan house.[98] Sejak pertengahan 2010-an, amapiano, yang muncul di perbandaran wilayah Gauteng, khususnya di sekitar Pretoria dan Johannesburg, berkembang daripada gabungan deep house, jazz, lounge, kwaito dan gaya tempatan sebelum mendapat sambutan antarabangsa melalui penstriman, media sosial dan kerjasama rentas negara.[99]
Makanan
[sunting | sunting sumber]
Masakan Afrika Selatan terbentuk daripada pertemuan tradisi makanan masyarakat tempatan, penjajah dan komuniti pendatang. Oleh sebab itu, makanan yang dianggap tipikal berbeza mengikut wilayah dan latar budaya.[100] Braai, iaitu kegiatan memanggang makanan di atas api terbuka, merupakan salah satu amalan masakan yang dikongsi secara meluas. Antara makanan yang sering dikaitkan dengannya ialah boerewors, sejenis sosej berempah. Biltong, iaitu daging yang diawet dan dikeringkan, juga merupakan makanan ringan yang terkenal, manakala potjiekos ialah masakan daging dan sayur yang dimasak perlahan dalam periuk besi berkaki tiga.[100]
Masakan yang berkembang di kawasan Cape memperlihatkan kesan sejarah perhambaan di Tanjung Harapan. Orang yang diperhambakan dibawa ke Cape dari pelbagai kawasan di sekitar Lautan Hindi, termasuk Asia Selatan, Asia Tenggara, Madagascar dan pesisir Afrika. Mereka dan keturunan mereka memberikan sumbangan besar kepada bahasa, muzik dan makanan Cape.[101] Tradisi yang kemudian dikenali sebagai masakan Melayu Tanjung atau Cape Malay menghasilkan hidangan seperti bobotie, bredie dan samoosa, yang kemudiannya diterima sebagai sebahagian daripada khazanah makanan Afrika Selatan.[101]
Di KwaZulu-Natal, khususnya Durban, masakan tempatan turut dipengaruhi dengan kuat oleh masyarakat India Afrika Selatan, yang sebahagian besarnya berketurunan buruh kontrak dan pedagang yang berhijrah ke Natal sejak abad ke-19. Kari Durban menjadi salah satu tradisi makanan bandar tersebut.[102] Hidangan khas Durban yang paling terkenal ialah bunny chow, iaitu sebahagian roti yang isinya dikeluarkan lalu diisi dengan kari. Terdapat beberapa kisah mengenai asal-usul tepat hidangan itu, tetapi ia secara umum dikaitkan dengan komuniti India di Durban dan kawasan Grey Street.[102]
Masakan di perbandaran dan kawasan lain pula merangkumi makanan berasaskan jagung dan kekacang serta hidangan seperti pap, chakalaka, umngqusho dan shisa nyama, iaitu daging yang dipanggang di atas arang. Kepelbagaian tersebut memperlihatkan bahawa tidak terdapat satu bentuk masakan Afrika Selatan yang seragam; sebaliknya, makanan negara itu terbentuk melalui pertukaran budaya dan penyesuaian bahan serta teknik mengikut wilayah dan komuniti.[100]
Sukan
[sunting | sunting sumber]
Bola sepak, ragbi kesatuan dan kriket ialah antara kod sukan utama di Afrika Selatan, bersama-sama olahraga, golf, renang, tinju, tenis dan pelbagai sukan lain.[92] Corak penyertaan dalam sukan bagaimanapun telah lama dipengaruhi oleh sejarah pengasingan kaum. Dalam ragbi, misalnya, pemain kulit hitam dan kulit putih telah bermain secara berasingan sebelum aparteid lagi, tetapi dasar aparteid memperkukuh pemisahan tersebut dan mengehadkan akses pemain bukan kulit putih kepada kemudahan serta struktur pertandingan tertentu.[103] Pengasingan dalam sukan kemudiannya menjadi salah satu sasaran kempen antarabangsa menentang aparteid, sehingga Afrika Selatan mengalami pengasingan daripada banyak pertandingan dan badan sukan antarabangsa.[104]
Selepas berakhirnya aparteid, sukan turut digunakan sebagai salah satu wadah pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan sosial.[92] Peristiwa yang paling banyak dikaitkan dengan proses tersebut ialah Piala Dunia Ragbi 1995, yang dianjurkan dan dimenangi oleh Afrika Selatan. Dalam perlawanan akhir, Presiden Nelson Mandela memakai jersi hijau bernombor enam milik kapten Francois Pienaar sebelum menyampaikan Piala Webb Ellis kepadanya selepas kemenangan Springboks ke atas New Zealand. Peristiwa itu kemudiannya menjadi antara imej simbolik paling terkenal dalam sejarah pascaaparteid Afrika Selatan.[105]
Kedudukan ragbi dalam budaya sukan negara terus berubah selepas itu. Pada Piala Dunia Ragbi 2019, Siya Kolisi mengetuai Springboks meraih kejuaraan sebagai kapten kulit hitam pertama pasukan tersebut yang memenangi Piala Dunia.[106] Afrika Selatan sekali lagi menjadi juara pada Piala Dunia Ragbi 2023, sekali gus menjadi negara pertama yang memenangi empat kejuaraan Piala Dunia Ragbi lelaki, selepas kemenangan terdahulu pada 1995, 2007 dan 2019.[107]
Afrika Selatan juga mempunyai rekod penting sebagai penganjur kejohanan antarabangsa. Negara itu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2010, edisi pertama kejohanan tersebut yang dianjurkan di benua Afrika.[108] Dalam kriket, Afrika Selatan bersama Zimbabwe dan Kenya menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia Kriket 2003. Afrika Selatan, Zimbabwe dan Namibia pula dijadualkan menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia Kriket 2027, dengan lapan bandar di Afrika Selatan dipilih sebagai bandar penganjur.[109]
Sastera
[sunting | sunting sumber]Kesusasteraan Afrika Selatan berkembang dalam pelbagai bahasa dan tradisi serta banyak dipengaruhi oleh persoalan penjajahan, perubahan sosial, hubungan kaum dan aparteid. Antara karya perintis dalam kesusasteraan Afrika Selatan berkulit hitam ialah Mhudi karya Solomon Tshekisho Plaatje. Novel itu disiapkan sekitar 1920 tetapi hanya diterbitkan pada 1930. Karya berbentuk epik sejarah tersebut berlatarkan pergolakan di pedalaman Afrika Selatan pada abad ke-19 dan menempatkan pengalaman masyarakat Tswana sebagai pusat penceritaannya.[110] Perkembangan media cetak, termasuk surat khabar dan majalah yang ditujukan kepada pembaca kulit hitam, kemudian menyediakan ruang yang semakin penting kepada penulis Afrika Selatan sepanjang abad ke-20.[110]
Dua penulis yang paling banyak mendapat pengiktirafan antarabangsa ialah Nadine Gordimer dan J. M. Coetzee. Gordimer menerima Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada 1991. Persoalan mengenai akibat aparteid menjadi tema utama banyak novel dan cerpennya, dan beberapa karyanya pernah diharamkan oleh kerajaan aparteid.[111][112] Coetzee, yang dilahirkan di Cape Town, menerima Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada 2003; karya-karyanya turut meneliti persoalan kuasa, hubungan sosial dan nilai yang terbentuk dalam masyarakat Afrika Selatan semasa serta selepas aparteid.[113]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "National Symbols" (dalam bahasa Inggeris). The Presidency of the Republic of South Africa. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "National anthem" (dalam bahasa Inggeris). South African Government. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 "South Africa at a glance" (dalam bahasa Inggeris). South African Government. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 "President Cyril Ramaphosa enacts sign language as 12th official language, 19 Jul" (dalam bahasa Inggeris). South African Government. 18 Julai 2023. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 "Mid-year population estimates, 2026" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Statistics South Africa. 30 Julai 2026. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 "President Cyril Ramaphosa" (dalam bahasa Inggeris). The Presidency of the Republic of South Africa. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 "Geography and climate" (dalam bahasa Inggeris). South African Government. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 "South Africa". World Economic Outlook Database, April 2026 (dalam bahasa Inggeris). International Monetary Fund. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Gini index - South Africa" (dalam bahasa Inggeris). World Bank. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Human Development Index and its components" (PDF). Human Development Report 2025 (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 2025. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ Wymer, John (1982). The Middle Stone Age at Klasies River Mouth in South Africa. Chicago: University of Chicago Press. ISBN 0226761037. Unknown parameter
|coauthor=ignored (|author=suggested) (bantuan) - ↑ "A short history of South Africa". localhistories.org.
- ↑ Domville-Fife, C.W. (1900). The encyclopedia of the British Empire the first encyclopedic record of the greatest empire in the history of the world ed. London: Rankin. m/s. 25.
- ↑ "Bartolomeu Diaz". Britannica.com.[pautan mati kekal]
- ↑ Mackenzie, W. Douglas; Stead, Alfred (1899). South Africa: Its History, Heroes, and Wars. Chicago: The Co-Operative Publishing Company.
- ↑ Pakeman, SA. Nations of the Modern World: Ceylon (ed. 1964). Frederick A Praeger, Publishers. m/s. 18–19. ASIN B0000CM2VW.
- 1 2 Alexander Wilmot & John Centlivres Chase. History of the Colony of the Cape of Good Hope: From Its Discovery to the Year 1819 (ed. 2010). Claremont: David Philip (Pty) Ltd. m/s. 1–548. ISBN 978-1144830159.
- ↑ Kaplan, Irving. Area Handbook for the Republic of South Africa (PDF). m/s. 46–771.
- ↑ "African History Timeline". West Chester University of Pennsylvania. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-07. Dicapai pada 2020-09-21.
- ↑ "Kenali Cape Malay, Kaum Melayu Yang Hidup Di Afrika Selatan". IloveBorneo.my.
- ↑ Worden, Nigel (5 August 2010). Slavery in Dutch South Africa (ed. 2010). Cambridge University Press. m/s. 40–43. ISBN 978-0-521-15266-2.
- ↑ "HISTORY OF SOUTH AFRICA". historyworld.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-12. Dicapai pada 2021-08-14.
- ↑ "The Dutch in South Africa". Colonial Voyage.
- ↑ "Battle of Blaauwberg". The Great Karoo.
- ↑ Williams, Garner F (1905). The Diamond Mines of South Africa, Vol II. New York: B. F Buck & Co. m/s. Chapter XX.
- ↑ Bond, Patrick (1999). Cities of gold, townships of coal: essays on South Africa's new urban crisis. Africa World Press. m/s. 140. ISBN 978-0-86543-611-4.
- ↑ Cape of Good Hope (South Africa). Parliament House. (1906). "Report of the Select Committee on Location Act". Cape Times Limited. Dicapai pada 30 July 2009. Cite journal requires
|journal=(bantuan) - ↑ Godley, Godfrey Archibald, Welsh, William Thomson, Hemsworth, H. D (1920). "Report of the Inter-departmental committee on the native pass laws". Cape Times Limited, government printers: 2. Cite journal requires
|journal=(bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ↑ Great Britain Colonial Office; Transvaal (Colony). Governor (1901–1905: Milner) (January 1902). "Papers relating to legislation affecting natives in the Transvaal". His Majesty's Stationery Office. Cite journal requires
|journal=(bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ↑ De Villiers, John Abraham Jacob (1896). The Transvaal. London: Chatto & Windus. m/s. 30 (n46). Dicapai pada 30 July 2009.
- ↑ Cana, Frank Richardson (1911). . Dalam Chisholm, Hugh (penyunting). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 25 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 467.
- ↑ Gloria Galloway, "Chiefs Reflect on Apartheid", The Globe and Mail, 11 Disember 2013
- ↑ Beinart, William (2001). Twentieth-century South Africa. Oxford University Press. p. 202. ISBN 978-0-19-289318-5.
- ↑ "Jacob Zuma president of South Africa". Britannica.com.
- ↑ "Zuma resmi presiden Afsel". BBCIndonesia.
- ↑ "Jacob Zuma - the survivor whose nine lives ran out". bbc.com.
- ↑ "Jacob Zuma's legacy is a weakened South Africa". nytimes.com.
- ↑ "Government system". South African Government (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Chapter 8: Courts and Administration of Justice". The SA Constitution (dalam bahasa Inggeris). Department of Justice and Constitutional Development. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 "National legislature (Parliament)". South African Government (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Chapter 5: The President and National Executive". The SA Constitution (dalam bahasa Inggeris). Department of Justice and Constitutional Development. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "President Cyril Ramaphosa". The Presidency of the Republic of South Africa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Chapter 6: Provinces". The SA Constitution (dalam bahasa Inggeris). Department of Justice and Constitutional Development. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Chapter 7: Local Government". The SA Constitution (dalam bahasa Inggeris). Department of Justice and Constitutional Development. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 "2024 General Elections, 29 May". South African Government (dalam bahasa Inggeris). 25 Mac 2024. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "The strength of democracy". SAnews (dalam bahasa Inggeris). Government Communication and Information System. 5 Jun 2024. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "State of the Nation Address by President Cyril Ramaphosa, 12 February 2026". Department of International Relations and Cooperation (dalam bahasa Inggeris). 12 Februari 2026. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 "The United Nations in South Africa". United Nations in South Africa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "South Africa". Hansard (dalam bahasa Inggeris). UK Parliament. 14 Jun 1994. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Member States". African Union (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "About the African Union". African Union (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Minister Ronald Lamola Budget Vote 2026/27 delivered by the Minister of International Relations and Cooperation Mr Ronald O Lamola MP in Parliament, Cape Town, 26 May 2026". Department of International Relations and Cooperation (dalam bahasa Inggeris). 26 Mei 2026. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Speech by Deputy Minister Mhaule on the 25 years of South Africa's freedom at the Research and Information System for Developing Countries (RIS), 9 January 2019". Department of International Relations and Cooperation (dalam bahasa Inggeris). 9 Januari 2019. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Opening remarks by President Cyril Ramaphosa at the 2026 South Africa Investment Conference (SAIC), Sandton International Convention Centre, 31 March 2026". Department of International Relations and Cooperation (dalam bahasa Inggeris). 31 Mac 2026. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Address by President Cyril Ramaphosa on the appointment of the Chief of the South African National Defence Force and members of the Military Command". The Presidency of the Republic of South Africa (dalam bahasa Inggeris). 15 April 2021. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Address by President and Commander-in-Chief of the SANDF, His Excellency Mr Jacob Zuma, on the occasion of Armed Forces Day". The Presidency of the Republic of South Africa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Chapter 11: Security Services". The SA Constitution (dalam bahasa Inggeris). Department of Justice and Constitutional Development. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "President Ramaphosa mourns fallen SANDF members in the DRC". The Presidency of the Republic of South Africa (dalam bahasa Inggeris). 3 Februari 2025. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "South Africa withdraws troop contribution to MONUSCO". The Presidency of the Republic of South Africa (dalam bahasa Inggeris). 8 Februari 2026. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "SANDF's 27-year Congo deployment ends, but quarantine conditions and equipment repatriation contract draw concern". defenceWeb (dalam bahasa Inggeris). 8 Julai 2026. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Timeline of the Nuclear Nonproliferation Treaty (NPT)". Arms Control Association (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Director General's Statement on the Occasion of the Presentation by the Minister of Foreign Affairs of South Africa". International Atomic Energy Agency (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 3 4 5 6 7 8 9 "Geography and climate" (dalam bahasa Inggeris). South African Government. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 "South Africa at a glance" (dalam bahasa Inggeris). South African Government. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 3 4 5 "South Africa's provinces" (dalam bahasa Inggeris). South African Government. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Prince Edward Islands Act 43 of 1948" (dalam bahasa Inggeris). South African Government. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Lesotho's Lost Lake sheds light on past and future water security" (dalam bahasa Inggeris). University of the Witwatersrand. 23 Julai 2024. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 "Mid-year population estimates, 2026" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Statistics South Africa. 30 Julai 2026. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ South Africa's 5th Biennial Update Report (BUR-5) to the United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) (PDF) (Laporan) (dalam bahasa Inggeris). Department of Forestry, Fisheries and the Environment. November 2023. m/s. 25. Dicapai pada 13 Ogos 2026 – melalui United Nations Framework Convention on Climate Change.
- ↑ "CRU-TS high-resolution gridded climate datasets" (dalam bahasa Inggeris). Climatic Research Unit, University of East Anglia. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 3 4 5 "South Africa" (dalam bahasa Inggeris). World Bank Group. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Upper middle income" (dalam bahasa Inggeris). World Bank Group. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Data for Upper middle income, South Africa" (dalam bahasa Inggeris). World Bank Group. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 3 "GDP extends its gains in the fourth quarter" (dalam bahasa Inggeris). Statistics South Africa. 10 Mac 2026. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 3 "GDP expands by 0,5%" (dalam bahasa Inggeris). Statistics South Africa. 9 Jun 2026. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "JSE celebrates 20 years since listing on its own exchange" (dalam bahasa Inggeris). Johannesburg Stock Exchange. 5 Jun 2026. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 "South Africa's mining sector potential remains constrained, demanding accelerated reforms" (dalam bahasa Inggeris). Minerals Council South Africa. 9 Februari 2026. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Buoyant tourism records employment and economic gains" (dalam bahasa Inggeris). Statistics South Africa. 27 Mac 2026. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "South Africa Tourism Surpasses Pre-Pandemic Levels in 2025" (dalam bahasa Inggeris). Statistics South Africa. 27 Mac 2026. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Quarterly Labour Force Survey (QLFS) – Q2: 2026" (dalam bahasa Inggeris). Statistics South Africa. 11 Ogos 2026. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "An Incomplete Transition: Overcoming the Legacy of Exclusion in South Africa" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). World Bank. 2018. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 "IMF Executive Board Concludes 2025 Article IV Consultation with South Africa" (dalam bahasa Inggeris). International Monetary Fund. 11 Februari 2026. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "TRIM Tariff Proposal for the 2025/26FY" (dalam bahasa Inggeris). Transnet Rail Infrastructure Manager. 7 Februari 2025. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 "Minister Barbara Creecy launches Private Sector Participation in Rail and Port Freight Logistics Projects" (dalam bahasa Inggeris). Government of South Africa. 23 Mac 2025. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 3 4 "Mid-year population estimates, 2026" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Statistics South Africa. 2026. P0302. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 3 4 5 6 7 "Census 2022" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Statistics South Africa. 10 Oktober 2023. P0301.4. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "The Cape Malay" (dalam bahasa Inggeris). South African History Online. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Indian Indentured Labour in Natal 1860–1911" (dalam bahasa Inggeris). South African History Online. 3 April 2011. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Amendments to the Constitution" (dalam bahasa Inggeris). Department of Justice and Constitutional Development. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Income & Expenditure Survey (IES) 2022/2023" (dalam bahasa Inggeris). Statistics South Africa. 29 Januari 2025. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Education in South Africa". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-17. Dicapai pada 2010-05-27.
- 1 2 3 4 "Sports, Arts and Culture" (dalam bahasa Inggeris). South African Government. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "The Group Areas Act of 1950" (dalam bahasa Inggeris). South African History Online. 19 Disember 2014. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "District Six, Cape Town" (dalam bahasa Inggeris). South African History Online. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Sophiatown" (dalam bahasa Inggeris). South African History Online. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Maloti-Drakensberg Park" (dalam bahasa Inggeris). UNESCO World Heritage Centre. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 "The development of Music in South Africa timeline 1600-2004" (dalam bahasa Inggeris). South African History Online. 21 Mac 2011. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "A history of Kwaito music" (dalam bahasa Inggeris). South African History Online. 22 Mac 2011. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Amapiano's Decade-Long Journey To Global Dominance: The Sound Redefining Club Music Worldwide". GRAMMY.com (dalam bahasa Inggeris). Recording Academy. 13 September 2024. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 3 "Iconic South African foods: taste all the flavours of the Rainbow Nation" (dalam bahasa Inggeris). South African Tourism. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 "Dutch settlement, the Indian Ocean slave trade and slavery at the Cape - seventeenth and eighteenth centuries" (dalam bahasa Inggeris). South African History Online. 22 November 2017. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 "Indian Community" (dalam bahasa Inggeris). South African History Online. 18 Oktober 2011. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "The Early History of Rugby in South Africa" (dalam bahasa Inggeris). South African History Online. 19 Disember 2014. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "International Boycott of Apartheid Sport by Mary Corrigall" (dalam bahasa Inggeris). South African History Online. 15 Ogos 2016. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "On this day in 1995: Mandela, Williams and Pienaar help unite South Africa" (dalam bahasa Inggeris). World Rugby. 24 Jun 2020. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "RWC 2023 Spotlight: South Africa" (dalam bahasa Inggeris). World Rugby. 13 Disember 2020. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "NZL 11-12 RSA: South Africa win tense final to claim fourth men's Rugby World Cup" (dalam bahasa Inggeris). World Rugby. 28 Oktober 2023. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Tshabalala opens South Africa 2010 with a bang" (dalam bahasa Inggeris). FIFA. 11 Jun 2020. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Men's Cricket World Cup 2027 venues and brand revealed" (dalam bahasa Inggeris). International Cricket Council. 30 Julai 2026. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- 1 2 "A History of South African Literature, timeline 1824-2005" (dalam bahasa Inggeris). South African History Online. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1991 - Press release" (dalam bahasa Inggeris). NobelPrize.org. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "Nadine Gordimer – Facts" (dalam bahasa Inggeris). NobelPrize.org. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
- ↑ "The Nobel Prize in Literature 2003 - Press release" (dalam bahasa Inggeris). NobelPrize.org. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]| Ketahui lebih lanjut tentang South Africa di Wikipedia: | |
| Maklumat dari Wikidata | |
| Takrifan dari Wikikamus | |
| Imej dan media dari Commons | |
| Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
| Berita dari Wikiberita | |
| Petikan dari Wikipetikan | |
| Teks sumber dari Wikisumber | |
| Buku teks dari Wikibuku | |
- Halaman menggunakan kotak info negara atau kotak info bekas negara dengan parameter flag caption atau type
- Rencana Wikipedia yang menggabungkan petikan dari Ensiklopedia Britannica tahun 1911 dengan rujukan Wikisumber
- Templat gerbang dengan gerbang berpautan merah
- Halaman dengan templat gerbang kosong
- Afrika Selatan
- Negara dan wilayah berbahasa Inggeris
- Bekas jajahan British
- Negara G20
- Demokrasi liberal
- Republik
- Negara dan wilayah berbahasa Afrikaans